Perjanjian Pihak Ketiga (dirujuk sebagai "Perjanjian") dibuat oleh dan diantara Kumpulan InstaTrade (dirujuk sebagai "Syarikat"); pelanggan InstaTrade yang berniat atau andainya ingin menyalin dagangan pedagang Syarikat secara dalam talian dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat serta memahami dengan jelas semua risiko-risiko kewangan (dirujuk sebagai "Pengikut"); dan pelanggan syarikat InstaTrade yang berkeinginan bagi membenarkan Pengikut untuk menyalin dagangan mereka (dirujuk sebagai "Pedagang").
"Syarikat" bermaksud Kumpulan Syarikat InstaTrade menyediakan platform dagangan InstaTrader dan sistem pembayaran diantara Pengikut dan Pedagang (seterusnya dirujuk sebagai "sistem ForexCopy").
"Pedagang" bermaksud pelanggan Syarikat yang berdaftar didalam sistem ForexCopy sebagai Pedagang bagi tujuan ataupun dengan niat untuk menikmati salinan dagangannya juga untuk menguruskan akaun mereka bagi pehak dirinya dan Pengikut yang menggunakan sistem InstaCopy untuk menyalin dagangannya.
"Pengikut" bermaksud bahawa pelanggan Syarikat yang berdaftar didalam sistem ForexCopy sebagai Pengikut bagi tujuan atau dengan niat untuk menyalin dagangan daripada sebarang Dagangan yang berdaftar didalam sistem ForexCopy.
"Pemantuan" bermakna halaman tertentu pada laman web Syarikat yang menyediakan maklumat mengenai Pedagang dan boleh didapati kedua-duanya kepada umum pada laman web Syarikat dan di bahagian ForexCopy daripada Kabinet Pedagang dan Kabinet Pengikut.
Sistem ForexCopy merupakan produk perisian yang dibangunkan dan dimiliki oleh Syarikat dan direka secara teknikalnya untuk melaksanakan dan mengautomasikan semua proses menyalin diantara akaun dagangan dengan Syarikat. Sistem ForexCopy menyediakan proses secara automatik seperti berikut:
Perjanjian semasa menerangkan hak dan tanggungjawab Syarikat tambahan kepada hak dan tanggungjawab yang diwujudkan oleh Perjanjian Tawaran Awam diterima pada pendaftaran akaun dagangan pelanggan. Menerangkan bahawa pelayan Syarikat befungsi dengan baik, Syarikat perlu memenuhi semua tanggungjawab yang dinyatakan disini.
Syarikat perlu merekodkan permintaan Pengikut untuk menyalin dagangan daripada akaun Pedagang dan mula menyalin dagangan daripada akaun Pedagang kepada akaun Pengikut didalam masa 30 minit selepas permintaan tersebut diterima oleh Pedagang.
Syarikat perlu menyalin dagangan daripada akaun Pedagang kepada akaun Pengikut didalam waktu nyata dengan kelewatan maksimum selama 2 minit.
Pesanan yang kekal dibuka kurang daripada dua minit mungkin gagal untuk disalin daripada akaun Pedagang kepada akaun Pengikut.
Jika Pedagang ForexCopy mengubah tetapan Stop Loss atau Take Profit pada dagangan yang terbuka, If a ForexCopy Trader changes the Stop Loss or Take Profit settings of the open trade,apa-apa perubahan yang dinyatakan di atas boleh dilaraskan untuk disalin oleh dagangan Pengikut ForexCopy dengan kelewatan yang sesuai, dimana secara purata adalah sehingga 1-2 minit. Pelanggan secara muktamad bersetuju dengan akibat yang berkemungkinan terhadap perubahan yang dibenarkan ini.
Selepas Pedagang telah menerima permintaan untuk menyalin dagangannya dan mula berdagang, Syarikat perlu merekodkan keuntungan dan kerugian secara berkala daripada dagangan yang dibuka oleh Pedagang dan dagangan tersebut disalin kepada akaun Pelanggan. Rekod tersebut perlu disediakan setiap satu jam dan hasilnya boleh didapati didalam Kabinet Pelanggan dan Kabinet Pedagang.
Jika Pengikut atau Pedagang telah memohon untuk tidak melanggan daripada menyalin dagangan, Syarikat perlu memproses permintaan tersebut didalam tempoh masa 30 minit. Keuntungan yang ingin dibatar kepada Pengikut mungkin berbeza daripada keuntungan yang ditunjukkan didalam Kabinet Pelanggan pada permohononan pembatalan,termasuk kes dimana apabila Pedagang mengalamai kerugian dan dagangannya telah pun ditutup pada stop-out pada ketika kemaskini maklumat.
Syarikat menjamin bahawa Pedagang tidak boleh untuk melakukan sebarang pengeluran wang daripada akaun Pengikut ketika tempoh langganan. Selain itu, Pedagang tidak boleh untuk mengeluaran sebarang bahagian daripada dananya yang diperlukan untuk membuka margin dagangan.
Syarikat perlu memastikan bahawa maklumat perhubungan Pedagang (email dan nombor telefon) boleh didapati di akses umum pada halaman pemantauan akaunya. Maklumat yang disediakan boleh digunakan untuk menghubungi Pedagang.
Syarikat perlu memastikan maklumat perhubungan Pengikut (email dan nombor telefon) boleh didapati kepada Pedagang yang dagangannya disalin. Maklumat boleh didapati kepada Pedagang selepas Pengikut memohon untuk menyalin dagangan yang telah pun diterima oleh Pedagang.
Perjanjian semasa menyediakan had dan tanggungjawab Pengikut dengan tambahan kepada had dan tanggungjawab yang disediakan oleh Perjanjian Tawaran Awam yang diterima pada pendaftaran akaun dagangan pelanggan. Pengikut boleh menikmati hak setakat yang dibolehkan oleh perisian Syarikat. Jika terdapat masalah teknikal dan/atau kegagalan perisian, Syarikat mungkin tidak dapat memastikan pematauan secara penuh kepada hak Pengikut.
Pengikut mengakui dan mengandaikan semua risiko yang disediakan didalam Artikel 7. Pengikut memahami bahawa pendedahan risiko mungkin tidak mengandungi maklumat penuh mengenai risiko yang berkemungkinan dan mengandaikan semua risiko kebiasaanya disebabkan oleh Syarikat atau pihak ketiga.
Pengikut mengakui dan menerima peraturan teknikal sistem ForexCopy yang diterangkan didalam Artikel 6 dan sebarang risiko yang berkaitan dengannya.
Pengikut mengakui bahawa dibawah Perjanjian semasa Syarikat perlu menyediakan pelaksanaan teknikal pada sistem ForexCopy menolak sebarang tanggungjawab terhadap keputusan dagangan pada akaun Pedagang.
Pengikut boleh menghubungi Pedagang secara terus terhadap sebarang isu berkenaan pengurusan akaun Pedagang menggunakan maklumat perhubungan yang disediakan selaras dengan Perenggan 3.5 jika sebarang terma-terma salinan tidak diterangkan dengan jelas oleh Pedagang didalam sistem ForexCopy.
Pengikut boleh memohon untuk menyalin dagangan daripada akaun Pedagang yang diinginkan didalam Kabinet Pengikut. Permohonan untuk menyalin dagangan tidak menjamin bahawa ianya akan diterima oleh Pedagang. Proses menyalin bermula dalam waktu 30 minit selepas permohonan diterima oleh Pedagang. Bilangan akaun untuk menyalin dagangan daripadanya adalah tidak terhad.
Pengikut boleh mendapat akses secara percuma kepada statistik baki, ekuiti dan keuntungan pada akaun Pedagang yang dikemaskini secara berkala (setiap satu jam kebiasaannya). Dengan menggunakan maklumat ini, Pengikut boleh mengambil keputusan untuk membatalkan langganan untuk menyalin dagangan Pedagang; walaubagaimanapun, Pengikut perlu berhati-hati terhadap kemungkinan kelewatan didalam kemaskini maklumat yang tidak melebihi satu jam kebiasaanya.
Dagangan pada akaun Pengikut boleh ditutup didalam waktu nyata diikuti oleh penutupan akaun Pedagang atau secara automatiknya berdasarkan Perenggan 6.13.Selain itu, platform InstaTrader membolehkan Pengikut untuk menutup salinan dagangan mengikut budi bicara mereka.
Penyalinan dagangan terbatal sekiranya:
Perjanjian semasa menyediakan had dan tanggungjawab Pedagang dengan tambahan kepada hak dan tanggungjawab yang disediakan oleh Perjanjian Tawaran Awam yang diterimapada pendaftaran akaun dagangan pelanggan. Pedagang boleh menikmati hak setakat yang dibolehkan oleh perisian Syarikat. Jika terdapat masalah teknikal dan/atau kegagalan perisian, Syarikat mungkin tidak dapat memastikan pematauan secara penuh kepada hak Pedagang.
Pedagang mengakui dan mengandaikan semua risiko yang disediakan didalam Artikel 7. Pedagang memahami bahawa pendedahan risiko mungkin tidak mengandungi maklumat penuh mengenai risiko yang berkemungkinan dan mengandaikan semua risiko kebiasaanya disebabkan oleh Syarikat atau pihak ketiga.Pedagang mengakui tanggungjawabnya terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh diri mereka atau Pengikut mereka akibat daripada dagangan Forex mereka.
Pedagang mengakui dan menerima peraturan teknikal sistem ForexCopy yang diterangkan didalam Artikel 6 dan sebarang risiko yang berkaitan dengannya.
Pedagang mengakui bahawa dibawah Perjanjian semasa Syarikat perlu menyediakan pelaksanaan teknikal pada sistem ForexCopy menolak sebarang tanggungjawab terhadap keputusan dagangan pada akaun Pedagang. Syarikat tidak akan menjadi ketua atau penama bagi sebarang dagangan dan/atau keuntungan Pedagang.
Pedagang boleh menghubungi Pengikut secara terus terhadap sebarang isu berkenaan pengurusan akaun Pedagang menggunakan maklumat perhubungan yang disediakan selaras dengan Perenggan 3.5 jika sebarang terma-terma salinan tidak diterangkan dengan jelas oleh Pedagang didalam sistem ForexCopy. Pedagang perlu membalas sebarang pertanyaan kepada Pengikut didalam masa 72 jam didalam tempoh langganan dan 30 hari selepas langganan dibatalkan.
Selepas Pedagang mendaftar didalam sistem ForexCopy, akaun mereka secara automatik akan ditambah kepada Pemantuan yang boleh didapati kepada umum pada laman web Syarikat dan Kabinet Pelanggan. Pengikut boleh menggunakan Pemantauan untuk mencari Pedagang yang sesuai.
Selepas Pedagang mendaftar didalam sistem ForexCopy, beliau perlu menerima permintaan Pengikut untuk menyalin dagangan. Pedagang mempunyai hak untuk menolak permintaan pada sebarang waktu. Namun, jika Pengikut mengalami kerugian selepas menyalin dagangan, Pedagang tidak boleh membatalkan langganan Pengikut oleh keputusan ex parte.
Langganan untuk menyalin dagangan didalam sitem ForexCopy terbatal jika:
Jika Pengikut mengalami kerugian daripada dagangan yang disalin, Pedagang tidak boleh berhenti melanggan Pengikut oleh keputusan ex parte.
Jika Pengikut telah menerima keuntungan daripada dagangan yang disalin didalam tempoh langganan, komisyen yang dinyatakan didalam Artikel 6 perlu dikreditkan kepada akaun Pedagang atau akaun lain,jika diyatakan, menurut kepada Perenggan 6.9.
Selepas Pelanggan telah menerima Perjanjian semasa didalam Kabinet Pelanggan Syarikat, beliau telah berdaftar dengan sistem ForexCopy sebagai Pengikut. Pada pendaftaran, Pengikut perlu menyediakan maklumat perhubungan (email,nombor telefon dan web messenger) yang boleh didapati kepada para Pedagang yang mendagangkan salinan Pengikut. Pengikut boleh mengubah maklumat perhubungan pada bila-bila masa sahaja. Kabinet Pengikut boleh didapati kepada para Pengikut didalam Kabinet Pelanggan Syarikat selepas Pengikut selesai melengkapkan pendaftaran.
Selepas pelanggan telah menerima Perjanjian semasa didalam Kabinet Pelanggan Syarikat, beliau telah berdaftar dengan sistem ForexCopy sebagai Pedagang. Pada pendaftaran, Pedagang perlu menyediakan maklumat perhubungan (email,nombor telefon dan web messenger) yang boleh didapati kepada para Pengikut yang menyalin dagangan daripada akaun Pedagang. Pedagang boleh mengubah maklumat perhubungan pada bila-bila masa sahaja. Ketika pendaftaran, Pedagang boleh menetapkan jumlah komisyen yang akan dikreditkan kepada akaun Pedagang daripada akaun Pengikut untuk setiap kali penutupan dagangan yang menguntungkan yang disalin daripada Pengikut, dan komisyen akan dikreditkan daripada akaun Pengikut setiap kali hari langganan kecuali pada hari cuti Forex. Kabinet Pedagang boleh didapati kepada para Pedagang didalam Kabinet Pelanggan Syarikat selepas Pedagang melengkapkan pendaftaran.
Pengikut perlu memohon untuk menyalin dagangan daripada Pedagang didalam Kabinet Pelanggan dengan memilih Pedagang didalam senarai pemantauan. Jika Pedagang telah menerima permohonan tersebut, sistem akan mula menyalin dagangan secara dalam talian didalam tempoh 30 minit selepas penerimaan. Jika Pedagang menolak permohonan tersebut, sistem tidak akan mula menyalin dagangan kepada akaun Pengikut.
Permohonan baru untuk menyalin dagangan boleh didapati kepada Pedagang didalam Kabinet Pedagang. Pedagang boleh menerima atau menolak sebarang permintaan dengan memilih pilihan yang sepadan didalam Kabinet Pedagang didalam tempoh 72 jam selepas penerimaan tersebut diterima. Jika pedagang tidak mengendahkan permintaan tersebut, ianya akan terbatal secara automatik dalam tempoh masa 72 jam selepas permintaan tersebut diterima.
Selepas Pedagang menerima permohonan untuk menyalin dagangannya ke akaun Pengikut, sistem akan mula menyalin dagangan secara dalam talian dalam tempoh masa 30 minit.
Selepas Pengikut berhenti melanggan daripada menyalin dagangan, sistem akan membatalakan proses salinan dalam tempoh masa 30 minit.
Maklumat mengenai keuntungan Pedagang dan Pengikut boleh dikemaskini secara berkala.Maklumat tersebut boleh didapati didalam Kabinet Pedagang dan Kabinet Pengikut.
Pengiraan dan pengkreditan komisyen ke akaun Pedagang adalah automatik secara penuh. Selepas langganan tersebut dibatalkan dan jika Pengikut menerima keuntungan, komisyen bagi setiap dagangan, komisyen setiap 0.01 lot dan perkongsian keuntungan boleh dikeluarkan daripada akaun Pengikut dan dikreditkan ke akaun Pedagang. Komisyen dikira berdasarkan hasil dagangan (jumlah keuntungan dan jumlah kerugian) yang diperolehi didalam tempoh langganan kepada pedagang ForexCopy. Komisyen harian boleh dikeluarkan daripada akaun Pengikut dan dikreditkan ke akaun Pedagang pada setiap hari kecuali pada hari cuti Forex.
Pedagang boleh menambah wang ke dalam akaun dagangan mereka dengan prosedur penambahan biasa didalam kawasan yang selamat dalam laman web Syarikat. Wang yang didepositkan akan dikreditkan ke dalam akaun Pedagang selepas Syarikat menerima wang tersebut.
Pengikut boleh menambah wang ke dalam akaun dagangan mereka dengan prosedur penambahan biasa didalam kawasan yang selamat dalam laman web Syarikat. Wang yang didepositkan akan dikreditkan ke dalam akaun Pengikut selepas Syarikat menerima wang tersebut.
Statistik ForexCopy termasuk:
Statistik ForexCopy yang disediakan oleh Syarikat direka bagi membolehkan Pengikut untuk memantau aktiviti Pedagang.Walaubagaimanapun, Pedagang dan Pengikut perlu berhati-hati terhadap kemungkinan kelewatan didalam kemaskini statistik yang tidak melebihi 1-2 jam kebiasaannya.