- Setiap pemegang Kad InstaTrade berhak untuk mendapatkan Bonus Kelab untuk akaun dagangan.
- Jumlah Bonus yang dikreditkan bergantung kepada lebihan akaun dagangan. *Oleh itu, Bonus yang dikreditkan akan bersamaan dengan:
- 1% lebihan jika ia berjumlah <$500
- 2% lebihan jika ia berjumlah <$500-1,000
- 3% lebihan jika ia berjumlah <$1,000-1,500
- 4% lebihan jika ia berjumlah <$1,500-2,500
- 5% lebihan jika ia berjumlah $2,500-5,000
- 6% lebihan jika ia berjumlah $5,000-7,500
- 7% lebihan jika ia berjumlah $7,500-10,000
- 8% lebihan jika ia berjumlah $10,000-13,000
- 9% lebihan jika ia berjumlah $13,000-15,000
- 10% lebihan jika ia berjumlah $15,000 atau lebih
- Bonus Kelab boleh dikreditkan ke akaun yang sudah dikreditkan dengan bonus jenis lain (Welcome Bonus Tetap, Bonus 30%, atau hadiah untuk penyertaan dalam kempen promosi InstaTrade). Walau bagaimanapun, jumlah bonus yang dikreditkan tidak akan diambil kira semasa mengira Bonus Kelab. Bilangan akaun untuk menerima Bonus Kelab untuk setiap Pelanggan adalah tidak terhad.
- Pelanggan berhak menerima Bonus Kelab untuk setiap deposit.
- Pelanggan bersetuju bahawa sebarang pengeluaran dana dari akaun dagangan sejurus selepas Bonus Kelab dikreditkan akan menyebabkan pembatalan sebahagian bonus yang menyamai dengan jumlah pengeluaran. Jumlah bonus yang dibatalkan tidak boleh melebihi jumlah bonus yang dikreditkan.
- Pelanggan tidak wajib untuk membuat pengesahan identiti sewaktu memohon Bonus Kelab. Walau bagaimanapun, Syarikat berhak untuk meminta dokumen pengenalan diri mengikut budi bicara.
- Bonus Kelab boleh dikeluarkan dengan syarat bahawa jumlah keseluruhan perdagangan BELI atau JUAL yang diselesaikan sama dengan X*3 lot InstaTrade, di mana X adalah jumlah keseluruhan bonus yang dikreditkan. Untuk akaun dalam RUB, jumlah perdagangan dikira mengikut formula berikut: X*3/50 (lot InstaTrade).**
- Syarikat berhak membatalkan Bonus Kelab mengikut budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa tanpa perlu menjelaskan alasannya.***
- Pelanggan bersetuju bahawa sekiranya Syarikat mengesan sebarang penyalahgunaan program bonus atau jika keuntungan dalam akaun sama dengan jumlah deposit, maka Syarikat boleh membatalkan bonus dan menyelaraskan keuntungan yang diperoleh daripadanya dengan jumlah yang sama dengan jumlah bonus tanpa memberikan notis amaran terlebih dahulu atau menjelaskan alasannya. Pelanggan jelas mengenai kemungkinan risiko yang dinyatakan pada klausa ini.
- Syarikat berhak mengikut budi bicaranya untuk mengira dan mengagihkan keuntungan yang diterima dengan menggunakan dana bonus secara berkadaran antara dana sebenar Pelanggan dan dana bonus di dalam akaun. Ini berlaku untuk keuntungan yang diterima dari saat pendaftaran akaun atau dari saat dana bonus dikreditkan ke dalam akaun. Pada masa yang sama, sebahagian daripada keuntungan yang berkadaran dengan jumlah bonus mungkin terhad untuk pengeluaran dari akaun dagangan sehingga Pelanggan mengambil bonus sesuai dengan peraturan yang serupa dengan syarat penggunaan bonus yang ditentukan dalam Perjanjian ini.
- Pelanggan bersetuju bahawa jika ekuiti dalam akaun kurang daripada dana bonus semasa, contoh, apabila kerugian semasa melebihi ekuiti Pelanggan, semua dana dalam akaun akan dianggap sebagai dana bonus. Sekiranya Pelanggan membuat pendepositan, dana di dalam akaun akan dikira dan diagihkan antara dana bonus dan ekuiti Pelanggan berkadaran dengan jumlah deposit dan nilai dana bonus sewaktu pendepositan.
- Syarikat berhak untuk mengubah atau meminda syarat kempen tanpa notis pemberitahuan terlebih dahulu.
- Bahasa rasmi Perjanjian adalah Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat perbezaan/percanggahan di antara Perjanjian dalam versi terjemahan dan Bahasa Inggeris, Perjanjian dalam Bahasa Inggeris akan dianggap sebagai standard rujukan.
* Baki deposit dan pengeluaran akaun dikira ketika pembayaran untuk Kad Kelab ditolak.
** Sekiranya, sebagai tambahan kepada Bonus Kelab, akaun dikreditkan dengan Bonus 30% atau Welcome Bonus Tetap, jumlah dana bonus akan diproses secara keseluruhan.
*** Klausa ini adalah bertujuan untuk mencegah sebarang aktiviti penipuan yang berkaitan dengan sistem bonus. Namun, penguatkuasaannya tidak bermaksud bahawa semua akaun yang telah dibatalkan bonus oleh pihak Syarikat diakui melanggar peraturan. Dalam beberapa kes, adalah mustahil untuk menentukan dengan jelas fakta pelanggaran peraturan. Terdapat 10% kebarangkalian bahawa kesalahan pembatalan bonus akan berlaku kerana ianya termasuk di dalam usaha untuk membendung penyalahgunaan sistem bonus.